Rezeki Ilham Marketing Sdn. Bhd. (RIMSB) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2017 dengan pemilikan 100% bumiputra. RIMSB merupakan syarikat yang memfokus kepada aktiviti jualan dalam talian sebagai pemasar, pembeli, penjual dan peniaga untuk setiap jenis barangan yang ada di dalam naungan RIMSB dan anak-anak syarikatnya.
RIMSB diasaskan bersama oleh Tn. Mahram Bin Md. Zain dan Tn. Amar Maliki Bin Mansor. Kedua-duanya merupakan pengarah syarikat utama yang bertanggungjawab ke atas pelan pembangunan, strategi pemasaran, pembangunan sumber manusia dan pembangunan syarikat RIMSB.
Sehingga kini, RIMSB mempunyai 2 anak syarikat, iaitu Mummy Ohsem Sdn. Bhd. dan RIMWORKS Sdn. Bhd
No. 1-3, Jalan Setia Utama AT U13/AT Setia Alam, Seksyen U13, 40170, Shah Alam, Selangor.
Nama Pendaftaran : Rezeki Ilham Marketing Sdn. Bhd.
Alamat Perniagaan : No. 1-3, Jalan Setia Utama AT U13/AT Setia Alam, Seksyen U13, 40170, Shah Alam, Selangor.
Email : hrd.rezekiilham@gmail.com / rezekiilhammarketing@gmail.com
No. Telefon : 017-6927993 / 03-5886 0455
Pemegang Saham : 100% Milik Bumiputra
No. Rujukan pendaftaran : (1219136-W)
Melahirkan usahawan-usahawan berpendapatan tinggi dengan menjalankan perniagaan patuh syariah untuk bersama membangunkan Yayasan Rezeki Ilham dan Madrasatul Darussalamah (MQDS).
1. Setiap usahawan mahupun pekerja dilayan seperti ahli keluarga sendiri.
2. Mengekalkan produk berkualiti tinggi untuk memenuhi kehendak & keperluan para pengguna.
3. Memberi peluang latihan & peluang kerjasama antara usahawan dalam menjayakan setiap aktiviti syarikat untuk menambah baik tahap perkhidmatan dan pelan pemasaran.
4. Menawarkan sekurang-kurangnya 100 peluang perkerjaan kepada masyarakat.
5. Menambah lagi 2 anak syarikat dengan pelan perniagaan yang komprehensif & berdaya saing di pasaran.
1. Mengutamakan ukhwah dan silaturrahim antara satu sama lain.
2. Mementingkan hubungan kekeluargaan.
3. Mementingkan nilai islam di setiap aspek.
4. Bekerjasama dalam mencapai visi dan misi syarikat yang telah ditetapkan.
No Data Found
Mummy Ohsem Marketing Sdn. Bhd. (MOMSB) ditubuhkan pada 2018 dan merupakan anak syarikat pertama di bawah Rezeki Ilham Marketing Sdn.Bhd. yang juga merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra sepenuhnya.
MOMSB merupakan perniagaan yang memfokus kepada jualan dalam talian sebagai pembeli, menjual, menjual semula, mengimport, mengeksport, mempromosikan, memasarkan dengan apa pun dalam semua jenis barang peruncitan di Malaysia.
Di bawah MOMSB terdapat dua jenama iaitu Mummy Ohsem dan Becurve. MOMSB diuruskan oleh Puan Shazana Binti Ibrahim. Beliau merupakan pengarah urusan dan bertanggungjawab ke atas prestasi perniagaan syarikat. Misi syarikat adalah untuk melatih & membimbing usahawan-usahawan wanita yang berjaya.
Nama Pendaftaran : Mummy Ohsem Marketing Sdn. Bhd.
Alamat Perniagaan : No. 1-2, Jalan Setia Utama AT U13/AT Setia Alam, Seksyen U13, 40170, Shah Alam, Selangor.
Email : mummyohsem.sb@gmail.com / shazanaibrahim@yahoo.comcom
No. Telefon :017-6927993 / 03-5886 0455
Pemegang Saham : 100% Milik Bumiputra
No. Rujukan pendaftaran : (1284787-M)
Menjadi peneraju utama di pasaran online dalam produk pakaian / kelengkapan ibu mengandung dan membimbing para wanita untuk menjana pendapatan tetap atau sampingan.
1. Melahirkan usahawan yang berjaya dikalangan wanita khususnya dan suri rumah tangga dengan pendapatan bulanan yang tinggi.
2. Mengekalkan produk berkualiti serta sentiasa memenuhi keperluan para pengguna.
3. Membantu masyarakat dengan memberi peluang pekerjaan & peluang menjana pendapatan di bawah syarikat MOMSB.
RIMWORKS Sdn. Bhd. (RWSB) merupakan anak syarikat kedua Rezeki Ilham Marketing Sdn. Bhd. dan sebuah syarikat 100% milik bumiputra sepenuhnya.
RWSB merupakan perniagaan yang fokus kepada servis perunding, latihan dan pembangunan, program motivasi, menyediakan perkhidmatan kaunseling dan menjalankan sebarang jenis perniagaan yang berkaitan dengan perkhidmatan latihan dan rundingan. RWSB juga ditubuhkan bertujuan untuk mempromosikan, memasarkan produk & jenama syarikat di Malaysia dan di luar negara sebagai perdagang am, perkhidmatan am, perniaga am, dan sebagainya.
Syarikat RWSB diterajui bersama Tuan Abdullah Za-im Bin Fauzi, Tuan Ahmad Zulhilmi Bin Mokhtar & Tuan Maswadi Bin Aziz. Antara produk yang dipasarkan adalah B’Glucapro di bawah jenama It’sMyLife.
Nama Pendaftaran : RIMWORKS Sdn. Bhd.
Alamat Perniagaan : No. 1-2, Jalan Setia Utama AT U13/AT Setia Alam, Seksyen U13, 40170, Shah Alam, Selangor.
Email : rimworkhq@gmail.com / hrd.rezekiilham@gmail.com
No. Telefon : 017-6927993 / 03-5886 0455
Pemegang Saham : 100% Milik Bumiputra
No. Rujukan pendaftaran : (1452203-M)
1. Menjadi pendahulu di dalam arena perniagaan online digital dengan memperjuangkan ekonomi ummah Islam dan menyediakan landasan terbaik untuk golongan usahawan dan bakal usahawan ke arah kesejahteraan sejagat.
2. Membawa produk jenama syarikat ke pasaran luar negara.
1. Bekerja dalam suasana keluarga yang sentiasa menjaga ukhwah dan silaturrahim.
2. Melahirkan lebih ramai usahawan digital yang berpendapatan tinggi dan berjaya dalam perniagaan khususnya dalam bidang pemasaran dan jualan.
3. Memartabatkan strategi pemasaran yang paling efektif untuk pemasaran dan jualan.
4. Menerapkan konsep berniaga sambil beribadah.
Sabun Pencerah Honey Glow adalah produk pertama yang diperkenalkan di bawah jenama ini. Honey Glow adalah jenama yang memfokus kepada produk penjagaan diri dan kecantikan wajah. Sebanyak 2.6 juta unit sabun ini telah terjual di pasaran semenjak dipasarkan pada 2016.
Kini, Produk jenama Honey Glow telah berkembang maju hingga ke pasaran luar negara seperti Brunei, Singapore dan UAE.
Sehingga kini, RIMSB mempunyai 2 anak syarikat, iaitu Mummy Ohsem Sdn. Bhd. dan RIMWORKS Sdn. Bhd
Biyaso adalah jenama yang memfokus kepada produk-produk elektrik dan gadget.
Mummy Ohsem adalah jenama yang menjual produk berkaitan pakaian & kelengkapan wanita mengandung.
Becurve adalah produk yang berasaskan penjagaan bentuk badan untuk kelihatan kekal langsing setiap masa. Produk ini telah terjual sebanyak 10000 unit di Malaysia, Brunei dan Singapore.
Selain daripada mengeluarkan produk jualan, RIMSB juga menyediakan beberapa perkhidmatan seperti sistem untuk pengurusan perniagaan dan juga servis sewaan ruang tertutup bagi pengguna.
Antara sistem pengurusan perniagaan yang dibangunkan oleh RIMSB adalah seperti Submit.La, UruzOrder dan UruzSales.
Gather2gether pula merupakan servis yang disediakan oleh syarikat khusus untuk pengguna yang memerlukan ruang tertutup bagi menjalankan aktiviti seperti perjumpaan, hi-tea, dan sebagainya. Ruang G2G ini boleh memuatkan kapasiti seramai 30-50 orang.
Submit.La merupakan sistem khas digunakan oleh RIMSB. Sistem ini berfungsi untuk mengurus tempahan & komisen ejen.
Sistem automasi lengkap untuk pemilik perniagaan menguruskan ejen, data pelanggan, tempahan, komisen ejen, pengurusan stok, dan notifikasi tempahan terus ke dalam WhatsApp hanya di dalam 1 sistem
Submit.La merupakan sistem khas digunakan oleh RIMSB. Sistem ini berfungsi untuk mengurus tempahan & komisen ejen.
Gather2gether (G2G) merupakan ruang sewaan yang disediakan oleh RIMSB. G2G menyediakan ruang khas dan tertutup untuk mereka yang inginkan konsep santai, luas dan selesa.
Bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang kompeten & berkualiti, syarikat sentiasa mengalu-alukan individu yang komited, berani menyahut cabaran dan bersedia menyumbang kepakaran dan bersama-sama berganding bahu demi menjadikan RIMSB sebagai salah satu organisasi unggul dalam online business (e-commerce) dan bertaraf dunia. Ini termasuk menyediakan program-program latihan pembangunan, aktiviti kerja berpasukan, peningkatan kemahiran kepimpinan & memberi peluang peningkatan kerjaya.
Ini terbukti dengan lahirnya ramai usahawan-usahawan, digital marketer, online agen di bawah naungan & jenama syarikat. Syarikat sentiasa mengalu-alukan individu yang berani menyahut cabaran dalam era perniagaan digital ini dan sama-sama belajar ilmu yang bermanfaat.